Sunday, April 11, 2010

Resepi : Kuih Bakar



Assalammualaikum...berjumpa lagi dengan mama......resepi hari ni iaitu kuih bakar (hasil ajaran daripada mak mertua mama)..memang sedap, kalu tak caya try lah

Bahan

1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1 biji santan kelapa
3 biji telur
air daun pandan (kalu tak guna pewarna hijau dan perisa pandan)
garam sikit (untuk rasa masin2 sikit)

Cara membuatnya

kacau gula dengan telur..pastikan sebati, kemudian tuang tepung gandum dan air daun pandan...jangan lupa masukkan sedikit garam....kacau hingga sebati. kemudian, campuran tadi hendaklah ditapis agar tidak berbintil2...

sebelum bakar, pastikan pembakar disapu dengan minyak makan sekelilingnya dan panas kan dahulu...setelah panas, bolehlah masukkan campuran tadi yang telah ditapis. Bakar lebih kurang 30 minit...tp dalam 15 minit tu korang jangan lupa check gunakan lidi sama ada kuih yang korang buat dah masak ke belum.....

selamat mencuba...cuba tau..jangan tak cuba...

1 comment:

  1. bestlah mama..mmg kuih bakar menjadi...sedap..lembut

    ReplyDelete