Sunday, April 11, 2010

Resepi : Kuih Bakar



Assalammualaikum...berjumpa lagi dengan mama......resepi hari ni iaitu kuih bakar (hasil ajaran daripada mak mertua mama)..memang sedap, kalu tak caya try lah

Bahan

1 cawan gula
3 cawan tepung gandum
1 biji santan kelapa
3 biji telur
air daun pandan (kalu tak guna pewarna hijau dan perisa pandan)
garam sikit (untuk rasa masin2 sikit)

Cara membuatnya

kacau gula dengan telur..pastikan sebati, kemudian tuang tepung gandum dan air daun pandan...jangan lupa masukkan sedikit garam....kacau hingga sebati. kemudian, campuran tadi hendaklah ditapis agar tidak berbintil2...

sebelum bakar, pastikan pembakar disapu dengan minyak makan sekelilingnya dan panas kan dahulu...setelah panas, bolehlah masukkan campuran tadi yang telah ditapis. Bakar lebih kurang 30 minit...tp dalam 15 minit tu korang jangan lupa check gunakan lidi sama ada kuih yang korang buat dah masak ke belum.....

selamat mencuba...cuba tau..jangan tak cuba...

alhamdulillah.....seronoknya mama...

assalammualaikum dan salam 1 malaysia...

lama dah mama tak muncul dalam blog mama...bukannya apa..tuntutan kerja yang semakin banyak menyebabkan mama sangatlah bizi.....apa kabar rakyat Malaysia...apa kabar rakan2 mama...apa kabar semua ? mama senantiasa berdoa agar umat Islam senantiasa berada di bawah lindungan Allah s.w.t...insya Allah...

sebelum memulakan bicara, mama ingin sekali sedekahkan al-fatihah kepada arwah Din Beramboi....semoga rohnya dicucuri rahmat oleh-NYA...mama memang minat lawaknya termasuklah Aznil Hj Nawawi...

Alhamdulillah, seronoknya mama, sebab mama dapat kembali jumpa dengan kawan mama yang memang mama cari selama ni...sedar tak sedar dah 15 tahun mama mencari..alhamdulillah sekarang ni mama sudah berjumpa....dan mama pun seronok berjumpa dengan kawan2 mama yang lain..kawan2 masa dalam sekolah rendah, sekolah menengah sampailah di peringkat tinggi...alhamdulillah syukur kepada rahmat yang Allah berikan...

Dah lama mama tak post resepi yang baru....mama akan post resepi kuih bakar di mana resepinya mama dapat daripada mak mertua mama....tunggu.......

Thursday, March 18, 2010

salam 1 malaysia

salam...semua...

apa kabar? jumpa lagi...kenapa masyarakat kita semakin rendah nilai akhlak mereka? sebab apa? adakah salah ibu yang mengandung?adakah salah ibu dan bapa yang mendidik?adakah salah guru di sekolah? siapa yang perlu menjawab persoalan ini?

mama runsing dengan keadaan kita sekarang....ibu bapa di bunuh dengan kejam..anak di buang merata-rata....perlakuan sumbang yang berleluasa...salah siapa?

Friday, October 16, 2009

KHASIAT MADU TUALANG

Mama pun makan madu tualang, tapi mama tak jual....banyak khasiat, kena lah berjaga-jaga, makin tua ni makin banyak penyakit yang suka datang kat kita terutama mama ni....

Sabda Rasulullah, "Demi Allah yang aku dalamgenggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akanmemohon rahmat pada penghuni rumah yangada madu di dalamnya. Jika seorang itumakan madu,seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakitkeluar darinya."Madu merupakan sejenis makanan yang mengandungipelbagai khasiat. Kini kami menawarkan madu asli tulenAgive dari Hulu Tembeling Pahang.Agive adalah hasilan100% madu tualang tulen dan hanya dihasilkan oleh madulebah tualang sahaja. Antara kebaikan madu yang telah diketahui umum adalah:l menghilangkan kepanasan, batuk serak suara,mencerdaskan otak serta dapat melembabkan kerongkong .l Meningkatkan keupayaan tenaga batin. l Melancarkansistem pencernaan, baik untuk kecantikan danmenjadikan kulit licin dan halus ( awet muda). l Menyelaraskan peredaraan darah, berkesan terhadaptumbesaran remaja dan kanak-kanak secara normal (bayi setahun keatas sahaja) .l Meningkatkan dayaketahanan badan/tenaga. l Mengelakkan dari cepatmengantuk dan dapat mencegah tanda-tanda selsema. l Baik bagi wanita semasa mengandung ( 6 bulan ke atas)dan setelah bersalin (selepas 20 hari). l Dalamperubatan tradisional, madu telah dimanfaatkan untukmenahan luka-luka terbakar pada kulit. Jika diusapkanmadu akan dapat mengurangi rasa sakit yang menyengatdan mencegah pembentukan lepuh (melecur) dan cepatsekali menyembuhkan kawasan yang terbakar. Kajian initelah dibuktikan secara saintifik.Ciri- ciri madu tualang :·Lebah-lebah ini bersarang dan menghasilkan madunya dipuncak-puncak pokok tualang (Konpassia excelsa) danmenjadikannya sangat sukar untuk diambil berbandingdengan madu lebah biasa dan hanya diperolehi mengikutmusim. Di ambil dari kawasan hutan-hutan tebal yangterlindung daripada pencemaran alam sekitar .Lebah-lebah tualang ini juga tidak bersarang disebarang pokok tualang. Pokok tualang adalah pokokyang tertinggi di hutan tropika dan merupakan pokokyang ke tiga tertinggi di dunia.

Resepi Mama


Kek Coklat Kukus


Bahagian A


1 cawan mentega / butter

1 cawan gula

1 cawan koko

1 cawan susu cair

1 cawan susu pekat


(panaskan bahagian A sehingga cair dan sejukkan ia)


Bahagian B


1 cawan tepung gandum

4 biji telur

1 sudu kecil soda bikarbonat


(bahagian B, pukul guna mixer sehingga kembang)


Topping


1 kotak (250 ml) susu dutch lady coklat

1 sudu butter

3/4 cawan susu pekat manis


(panaskan sehingga ianya menjadi pekat)


Cara masak


Bahagian A di campurkan dengan Bahagian B, kemudian kacau sehingga rata..

kemudian, masukkan ke dalam dulang pengukus..kukus sehingga 20 - 30 minit...

dah masak, letakkan topping tersebut di atas kek tadi


Selamat mencuba

Kemeriahan Aidilfitri Bersama Mama 2009

Salam aidilfitri 2009 buat semua umat Islam di Malaysia dan di dunia ini...Walaupun syawal sudah semakin di penghujung namun kemeriahan nya masih terasa hingga ke saat ini. Semakin di penghujung syawal, semakin banyak 'open house' yang di buat..Mama pun nak pegi open house hari ni dan esok...

Aidilfitri tahun ni mama rasa seronok, nak tahu sebab apa? Mama beraya bersama anak-anak mama yang semakin bertambah...bukan 1 orang dah tetapi dah 3 orang. Rupa-rupanya semakin ramai anak mama, usia mama pun sudah menginjak semakin banyak. Dah 30 tahun rupanya mama ni. Anak mama yang ke 3 baru lahir pada 4/5/2009, namanya muhamad syafi hazim..suami mama lagi lah dah tua (hehehe, kalu dia tahu mama mengumpat dia pasti dia marah)...dah 33 tahun dah suami mama tu.

Kawan-kawan serta sahabat-sahabat mama di seluruhMalaysia dan dunia, mama suka berkongsi pendapat, idea dan resepi dengan anda semua...mesti seronok kan. Mama ni bolehlah berkongsi resepi tapi resepi mama sikit aje..Lagi satu, mama ni bab2 mengarang memang out punya, dah mama ni cikgu matematik, lainlah mama ni cikgu BM, confirm mama punya karangan kalah korang semua. Kalau2 korang rasa, ayat mama ni salah harap maaf...

Mama sekali lagi nak ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri..kalau korang nak jemput mama g open house kat rumah korang mama memang sangat2 ucapkan terima kasih...kecil tapak tangan, nyiru mama tadahkan..